Permohonan E-Wallet (E-Madani)

23 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Permohonan E-Wallet (E-Madani)” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Staf PEDi membantu peserta untuk membuat pendaftaran e-wallet dan mengemaskini maklumat kad pengenalan yang betul bagi membolehkan permohonan e-Madani dapat dituntut oleh pemohon. Sekiranya pemohon salah mengisi maklumat, pemohon perlu menghantar emel bagi membuat pembetulan maklumat. Setelah berjaya membuat pembetulan tersebut, peserta boleh membuat tuntutan e-Madani.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali